Ahlan Wasahlan

Bersama-sama menuju ke arah yang lebih baik dari hari semalam....

Tuesday, March 2, 2010

Peranan ICT dalam Pendidikan

MAKSUD PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT.

MANFAAT ICT DALAM PEMBELAJARAN

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:

• berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
• memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan
• meningkatkan motivasi murid
• membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )
• membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
• membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu
mahal untuk dikumpul
• mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
• membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa
• meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
• memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima
• meningkatkan kemahiran ICT

SYARAT UNTUK MEMANFAAT ICT DALAM P&P

Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian :

• Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau
sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum
• Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk
menyokong sesuatu pendekatan P&P
• Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai

Kefahaman konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan mod.

Mod atau pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi ICT dalam P&P merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru - guru mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Konsep penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategori sebagai :

a) Tutorial
b) Aplikasi
c) Penerokaan ( Eksploratori )
d) Komunikasi

4 comments:

  1. penggunaan ICT dalam semua bidang sangat penting terutama sekali dalam bidang pendidikan.ia menjadikan sesuatu perkara atau kerja dapat dilakukan dengan mudah, cepat dan berkesan.penggunaan teknologi digunakan secara meluas oleh semua pihak pada masa kini. ini dapat dilihat dalam semua sektor perkhidmatan tidak mengira sektor awam atau sektor swasta. walaubagaimana pun, ia wajar dipantau selia oleh pihak yang bertanggungjawab untuk mengelakkan perkara-perkara negatif berlaku.alat ciptaan manusia ini juga mempunyai pelbagai kebaikan kepada manusia dan tidak lupa juga keburukan yang mungkin terjadi kepada mana-mana pihak di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. oleh itu, semua pihak menyokong penggunaan ICT dalam skop kerja masing-masing.

    ReplyDelete
  2. tidak dapat dinafikan bahawa ict memainkan peranan penting dalam P&P. Ict bagaikan satu lonjakan paradigma pengajaran...ia amat membantu dalam P&P..bayangkan dalam era ict yang semakin berkembang pesat namun P&P kita maish berada dalam situasi pembelajaran konservatif...fikirkan...

    ReplyDelete
  3. ICT haruslah digunakan secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam P&P. Banyak manfaat yang akan diperolehi daripada ICT dalam proses pembelajaran. Antaranya, meningkatkan kemahiran murid dan meningkatkan motivasi ICT. Namun begitu, perlu juga dipatuhi syarat untuk manfaatkan ICT dalam P&P.

    ReplyDelete